Saturday, October 29, 2016

Kajian Air Bawah Tanah di Jerantut

Satu kajian air bawah tanah telah dijalankan di kawasan Kuala Tembeling di Daerah Jerantut.  Kajian air bawah tanah ini dibuat berdasarkan kepada lima telaga pemantauan yang dikorek dan juga telaga pengeluaran kepunyaan syarikat pembalakan di kawasan ini.

Secara geologinya, kawasan kajian terletak dalam Formasi Semantan iaitu terdiri dari jujukan selang lapis batu pasir, batu pasir bertuf, syal, batu lumpur dan juga batu lodak.

Air bawah tanah di kawasan ini terletak dalam zon luluhawa batuan metasedimen.

Rajah 1.  Telaga pemantaun air bawah tanah di kawasan kajian di Jerantut, Pahang
Rajah 2.  Pam yang digunakan untuk membersihkan telaga pemantaun sebelum persampelan dijalankan
Rajah 3.  Sampel air bawah dimasukkan kedalam botol-botol yang telah dilabelkan dan dihantar terus ke makmal untukk analisis kimia 
Rajah 4.  Kawasan kajian adalah merupakan kawasan pembalakan yang pesat.  Adakah aktiviti ini boleh memberikan impak kepada keadaan air bawah di kawasan tersebut?  

No comments: