Monday, February 8, 2016

On Site Seminar - Environmental Site Assessment of Oil contaminated Site in Shah Alam, Selangor

Perkongsian beberapa gambar semasa siri seminar di tapak kajian selepas operasi perawatan tapak tercemar di Shah Alam.  Dalam kajian ini, tiga skop besar kajian telah berjaya dijalankan iaitu :-

(i) Penilaian Tapak Tercemar minyak (Environmental Site Assessment) telah dijalankan yang melibatkan pengerudian dan pembinaan telaga pemantauan air bawah, persampelan media seperti air bawah tanah, air permukaan, tanah dan udara.  Kajian ini dijalankan oleh pasukan dari UKM yang diketuai oleh Prof Madya Dr Wan Zuhairi Wan Yaacob

Foto 1. Dr Wan Zuhairi sedang memberikan penerangan berkaitan dengan kaedah ESA

 (ii) Kajian geofizik bertujuan untuk mengesan pengaliran dan pergerakan bahan pencemaran minyak menggunakan kaedah resistivity di lapangan.  kajian ini dijalankan oleh pasukan dari UKM yang diketuai oleh Prof Dr Abdul Rahim Samsudin

Foto 2.  Prof Rahim sedang menjelaskan teknik resistiviti untuk kajian tapak tercemar

(iii) Kajian perawatan pencemaran minyak menggunakan enzim dari bakteria yang diekstrak dari kawasan kajian.  Kajian ini telah berjaya dilaksanakan oleh pasukan penyelidik dari USM yang diketuai oleh Prof Dr Amirul Ashraf Abdullah.

Foto 3.  Prof Amirul sedang memberikan taklimat berkaitan teknik pemulihan tapak tercemar menggunakan enzim dari bakteria


No comments: