Thursday, December 8, 2016

My students named Best Speakers in an Undergraduate Thesis Seminar 2016

Tahniah diucapkan kepada tiga pelajar pra-siswazah saya kerana telah berjaya meraih tiga tempat terbaik di dalam Seminar Geologi yang berlangsung semalam.
Mereka adalah (i) Nor Farahin Rambedan (ii) Nurul Najeeha dan (iii) Izzul Shahmi

Congratulations to my undergraduate students who have received the best presenter award in a Geology Seminar that was held yesterday.

Foto 1.  Tiga pelajar pra-siswazah seliaan saya telah mendapat markah tertinggi dalam Seminar Geologi 

Thursday, December 1, 2016

Slope Modeling - Oasys Slope 9.1 (Tutorial)

Beberapa model kestabilan cerun dihasilkan menggunakan perisian Oasys Slope 9.1.  Perisian ini digunakan untuk menganalisa satah gelinciran cerun yang berpotensi untuk gagal dan cara untuk menyokong cerun tersebut daripada gagal.
Data yang dimodelkan ini adalah diambil dari beberapa data tutorial yang diperolehi dari laman web Oasys Slope dan juga video Webinar oleb syarikat Arup Ltd.

Model Tutorial 1
Model Tutorial 2

Model Kestabilan Cerun -- Oasys Slope Version 9.1

Permodelan cerun menggunakan perisian Oasys Slope Version 9.1.  Cerun yang dimodelkan adalah cerun tanah runtuh di Bournville, Wales, United Kingdom.  Data yang digunakan adalah data lama yang diambil dari tesis Msc (1996). Tujuan model ini adalah untuk mengira nilai Factor of Safety (FOS) untk cerun tanah runtuh seperti yang digambarkan dalam model di bawah.

Model Kestabilan Cerun menggunakan perisian Oasys Slope Version 9.1 

Tuesday, November 29, 2016

Oasys Slope Modelling - Version 3.5

It was in 1996 when I was first been introduced to Oasys Slope Stability software.  That was during my MSc dissertation project. I was supervised by Prof Charles Harris with the help from an engineer from Sir Halcrow Ltd UK.  . The main objective of the study was to evaluate the stability of a huge landslide, located in Bournville, Wales, United Kingdom. I used Oasys SLOPE Version 3.5 to complete the modeling work.  I still remember, I was given two boxes of diskettes containing the Oasys Computer Program.   

Figure 1.  Satellite view of my study area located in Bournville, Wales UK

Below are some of my modelling results using Oasy Slope Stability software Version 3.5

Figure 2.  Front page of my Msc dissertation 
Figure 3.  Mathematical model of section 4-4 before the failure with non-circular slip surface

Figure 4. Ideal mathematical model of the slope 1 with FOS = 1.004





Sunday, November 27, 2016

Tanah Runtuh di Taman Idaman Serendah, Kuala Kubu Bharu, Selangor

Berikutan komen saya dalam Utusan Malaysia, yang diterbitkan pada Ahad 27 November 2016, berkaitan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Idaman Serendah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Hasil cerapan dengan menggunakan Google Earth, Google Street View dan beberapa gambar lapangan dapat memberikan satu hipotesis awal yang menunjukkan kejadian tanah runtuh tersebut mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa faktor:-

(1) Bahan geologi pembentuk cerun yang lemah

Berdasarkan kepada gambar satelite Google Earth, dapat diperhatikan beberapa kolam di kaki cerun yang menunjukkan taman tersebut dibina di kawasan/berdekatan bekas lombong.  Selalunya geologi kawasan bekas lombong adalah jenis tanah berpasir dan mempunyai kekuatan ricih yang lemah. Berdasarkan kepada beberapa gambar cerun gagal yang dipaparkan dalam akhbar (lihat foto di bawah), menunjukkan cerun dibina dari bahan yang berpasir dan juga mungkin bahan tambakan (warna kemerahan dalam Foto 1) menjadi laluan air bawah tanah.



Foto 1 - Tafsiran awal bahan pembentuk cerun yang gagal terdiri dari tanah berpasir dan bahan tambakan (back fill)


Foto 2 - Bahan pembentuk cerun iaitu tanah berpasir jelas kelihatan dalam foto ini


(2) Kehadiran air dalam cerun 

Faktor kedua yang menyumbang kepada berlakunya tanah runtuh ini adalah disebabkan oleh adanya air.  Punca air ini boleh terdiri dari 3 punca iaitu air hujan yang lebat, air bawah tanah dan mungkin juga dari air paip yang dipasang di dalam cerun yang pecah.  Melihat kepada musim hujan yang berlaku sekarang ini dan penafian dari pihak bekalan air yang tiada paip yang pecah, maka punca air bawah tanah adalah merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh ini (perlu kajian lanjut untuk mengesahkan hipotesis awal ini).

Kehadiran air dalam cerun akan menyebabkan bahan geologi pembentuk cerun menjadi tepu dengan air yang menyebabkan boleh terjadinya fenomena yang disebut sebagai liquefaction dan seterusnya berlakunya tanah runtuh jenis aliran (earth flow) menuruni cerun.  Kehadiran air juga boleh melemahan kekuatan ricih bahan bumi pembentuk cerun kerana ianya akan meningkatkan pore water pressure (tekanan air liang) dan seterusnya boleh merenggangkan pegangan dan ikatan butiran-butiran tanah.  Regangan ini menyebabkan kekuatan ricih tanah menjadi lemah dan bahan boleh gagal.

Bahan yang tepu air juga lebih berat dan memberikan ketidakstabilan pada cerun.  Bahan yang tepu air dan berat senang tergelincir dalam bentuk earth flow (aliran tanah) jika kandungan air dalam bahan adalah lampau tinggi.


(3) Pembebanan pada bahagian atas cerun

Faktor lain yang boleh menjadi faktor pencetus (trigger factor) tanah runtuh ini adalah pembebanan pada bahagian atas cerun semasa tanah runtuh ini berlaku.  Difahamkan terdapat 10 biji kenderaan yang diletakkan di bahagian atas cerun sebelum cerun tersebut gagal.  Begitu juga dengan beberapa buah gerai/kedai yang ada di bahagian atas cerun tersebut.  Kesemua turut jatuh bersama-sama dengan tanah runtuh tersebut.  Kereta kereta ini diletakkan pada cerun semasa kejadian dan menyebabkan pembebanan pada cerun sebelum cerun tersebut gagal.

Selanjutnya, satu kajian terperinci perlu dilakukan dengan cepat sebelum tindakan pemulihan dilaksanakan, diantaranya :
(a) Sejarah tapak ini sebelum perumahan di bina perlu diselidik.
(b) Mengkaji jenis dan kekuatan bahan pembentuk cerun tersebut
(c) Mengkaji punca air samada daripada air hujan. air bawah tanah atau air dari paip pecah yang menjadi faktor pencetus kepada tanah runtuh ini.



Rajah 1 - Keratan akhbar dalam Utusan Malaysia (Ahad, 27 November 2016)


Rajah 2 - Keadaan cerun sebelum tanah runtuh berlaku



Saturday, October 29, 2016

Kajian Air Bawah Tanah di Jerantut

Satu kajian air bawah tanah telah dijalankan di kawasan Kuala Tembeling di Daerah Jerantut.  Kajian air bawah tanah ini dibuat berdasarkan kepada lima telaga pemantauan yang dikorek dan juga telaga pengeluaran kepunyaan syarikat pembalakan di kawasan ini.

Secara geologinya, kawasan kajian terletak dalam Formasi Semantan iaitu terdiri dari jujukan selang lapis batu pasir, batu pasir bertuf, syal, batu lumpur dan juga batu lodak.

Air bawah tanah di kawasan ini terletak dalam zon luluhawa batuan metasedimen.

Rajah 1.  Telaga pemantaun air bawah tanah di kawasan kajian di Jerantut, Pahang
Rajah 2.  Pam yang digunakan untuk membersihkan telaga pemantaun sebelum persampelan dijalankan
Rajah 3.  Sampel air bawah dimasukkan kedalam botol-botol yang telah dilabelkan dan dihantar terus ke makmal untukk analisis kimia 
Rajah 4.  Kawasan kajian adalah merupakan kawasan pembalakan yang pesat.  Adakah aktiviti ini boleh memberikan impak kepada keadaan air bawah di kawasan tersebut?  

Thursday, June 2, 2016

Attending 15th Japan-Korea-France-Canada Joint Seminar on Geo-Environmental Engineering

I had the opportunity to attend GEE2016 Joint Seminar that was held at Nantes National University, Nantes, France.  The seminar was conducted for two days from 2-3 June 2016.

I have presented one case study about the Environmental Site Assessment at Spent Transformer Oil Contaminated Site in Shah Alam, Selangor.